- Fenomena ini membuatkan saya teringat dengan firman ALLAH Azza Wajalla dalam surah al-Baqarah ayat 148 yang bermaksud “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam perkara-perkara kebaikan”.Maka,amat sesuai sekali jika kita katakan begitu banyak peluang kebaikan di Mesir yang dapat kita ambil dan rebuti.
- Apabila telah wujud semangat untuk berlumba-lumba memperoleh kebaikan,maka amat mudah untuk sesama kita mengajak dan melaksanakan serta mengikuti sebarang aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat dan kebaikan.Cumanya semangat sebegitulah yang sukar untuk ditanam dalam jantung-jantung hati manusia.
- Apabila kita semua telah mula sedar dan ingin merebut segala peluang dan kebaikan yang ada di sekeliling kita,maka apa yang paling penting ialah kita perlu sematkan IKHLAS dan ISTIQAMAH dalam diri.Tanpa dua aspek ini,kita akan mudah kecundang dalam perlumbaan merebut kebaikan ini.
- Ikhlaskan niat hanya kerana ALLAH dalam kita berlumba-lumba merebut kebaikan kerana syaitan pasti akan meracuni kita semua dengan sifat-sifat mazmumah seperti riak,takabur,sum’ah(rasa bangga diri) dan memandang rendah orang lain.
- Tanamkan sifat istiqamah dalam diri agar segala kebaikan yang dilakukan dapat berterusan dan berkekalan walaupun dengan kuantiti yang sedikit.Ingat!Kualiti lebih utama daripada kuantiti.
- Ingatlah peluang yang ada di depan mata kita pada hari ini belum pasti kekal sehingga ke hari esok.Ramai daripada kita akan rasa menyesal hanya apabila peluang yang ada itu telah tiada dan terlepas dari genggamannya.Rebutlah peluang selagi mana ada ruang!
Sabtu, 5 Mac 2011
Rebutlah peluang di depan mata...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

like
BalasPadam