Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah
SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.
Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang
berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang
sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang
tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang
mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan