Rabu, 4 Mei 2011

Jom kita belajar dari makluk ALLAH ini.

Disebalik kesibukan, Jan cuba memberi ruang gak pada diri untuk update blog kita lagi nih. Setelah sebelumnya jan membangkitkan tentang sikap yg selalu membuatkan kita gagal, sekarang jan nak kita sama2 belajar dari makhluk ALLAH yg unik ini.. Klau jan terus becerita mungkin kurang sempurna apa yg cuba jan sampaikan, akan lebih bijak jika kita semua melihat gambar di bawah ini terlebih dahulu...
Semoga semua rakan2  dapat berjaya dalam apa yg kita inginkan...


Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen

Dahsyat! Tanpa tangan dan kaki, Makhluk ALLAH ini mampu menempuhi rintangan seperti ini. Yang penting bukan hasilnya, tapi caranya menghadapi masalah dengan kekurangan yang ia miliki,kadang2 kita sendiri takut menghadapi masalah tanpa pernah mencuba menyelesaikannya. Mungkin, kita akan mencetuskan alasan-alasan yang membela kita untuk tidak melakukan hal yang berisiko, tapi kita harus sedar bahwa kita punya sejuta alasan yang mengharuskan kita dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Seharusnya, jika si siput saja mampu menyelesaikan masalah seperti ini, maka bagaimana pula manusia yang diberi akal dan potensi yang lebih dibandingkan makhluk lainnya tidak dapat survive dalam setiap masalah yang harus dihadapinya. Itulah contoh kecil dari si siput yang patut kita jadikan pelajaran. Sekian dulu tulisan dari jan, semoga berguna untuk kita semua...

Isnin, 11 April 2011

Kenal Pasti Punca Kenapa Anda Gagal

NAPOLEAN Hill pernah berkata: “ … orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal.”
Terlalu banyak peluang dan segala macam kebaikan yang dapat memberi faedah berada di sekeliling anda. Anda tidak dapat untuk melaksanakannya atau terbiar begitu sahaja kerana anda tiada kesanggupan untuk melaksanakannya. Segala apa yang telah anda rancangkan akan lenyap seolah-olah tidak pernah sekalipun anda terfikir untuk mahu mencapai kejayaan. 
    
Terdapat banyak faktor yang berada di dalam diri anda atau di sekeliling anda yang menjadi penyebab kepada kegagalan anda untuk mencipta kejayaan selama ini. Kenalpasti semua faktor ini sekarang, kerana anda sudah tiada masa untuk terus menerus gagal.

Tidak Sanggup Bererti Menempah Kegagalan
Untuk mencipta kesanggupan diri adalah mudah, anda hanya perlu mulakan dengan berikrar bahawa anda sanggup untuk melakukan sesuatu dan mahu mencapai apa yang anda impikan.
    
Namun begitu anda harus ingat, walaupun anda telah berikrar tetapi di mulut atau di hati anda mengatakan tidak sanggup, dengan sekelip mata sahaja, kekuatan kesanggupan yang ada di dalam diri anda akan terhapus, pupus dan lenyap terus.
    
Anda mahu jalan mudah untuk mencipta kejayaan. Pada hakikatnya, anda sendiri tahu bahawa ia tidak mungkin berlaku. Pencapaian yang anda inginkan akan sentiasa bergantung kepada betapa tinggi kesanggupan yang boleh anda laksanakan untuk memperolehi hajat itu.
    
Misalnya, seorang pelajar tidak mungkin boleh mendapat 6 agregat di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, sekiranya dia tidak sanggup untuk berusaha belajar, mengulangkaji pelajaran, berbincang setimpal dengan apa yang ingin dicapainya.
    
Sekiranya dia sering ponteng sekolah, tidak membuat kerja sekolah, malas mengulangkaji, membuang masa, tidak suka berbincang dengan guru-guru atau rakan-rakan, tidak mungkin berjaya memperolehi 6 agregat seperti yang dihajatkan.
    
Dipendekkan cerita input adalah output. Apa yang anda usahakan, itulah hasilnya. Sekiranya sangup, semua yang anda inginkan boleh jadi dan jika tiada kesanggupan, semuanya akan gagal.

Mungkin anda sendiri pernah berjumpa dengan seseorang yang ingin berniaga atau sudahpun mula berniaga, tetapi tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di pejabat ataupun di tempat di mana dia menjalankan perniagaan.
    
Dia semata-mata mengharapkan pembantunya untuk menjalankan perniagaan tersebut. Bila ada jualan, apa yang dia tahu hanyalah mengambil wang hasil daripada jualan itu dan sekiranya tiada jualan, dia akan memarahi pembantunya kerana tidak pandai berniaga.
    
Apakah orang sebegini akan meraih kejayaan? Sudah pasti tidak. Orang seperti ini ingin meraih kejayaan melalui perniagaannya tetapi tidak sanggup melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia akan gagal di dalam perniagaannya.
    
Anda mempunyai kemahuan dan hajat yang besar, tetapi tidak terlaksana atau terbiar begitu sahaja hanya kerana hati anda was-was, atau mulut yang mengatakan, “tidak sanggup” atau kedua-duanya sekali. Dunia ini hanya untuk orang yang sanggup. Mereka yang tidak sanggup akan sentiasa ketinggalan jauh ke belakang.

Masa Untuk Merebut Peluang
Ramai manusia masih lagi terikat dengan keadaan masa lalu. “Dahulu aku pernah cuba tapi gagal… tidak mungkin sekarang aku boleh berjaya…”. Ingat, hanya anda sahaja yang boleh menjadi penghapus kepada kenangan silam anda.
    
Apa yang telah berlaku, pasti telah berlaku. Sewajarnyalah anda memberi satu penumpuan baru, satu usaha baru dan juga satu kesanggupan baru untuk mencipta kejayaan yang pernah anda usahakan dahulu. Adalah tidak wajar untuk menjadikan peristiwa lalu sebagai penyebab kenapa anda tidak seharusnya mengecap kejayaan pada hari ini.
    
Anda mesti mengakui hakikat bahawa apa yang berlaku ke atas diri anda adalah kerana usaha anda sendiri. Anda juga mestilah mengakui bahawa kejadian yang berlaku ke atas diri anda adalah akibat daripada perbuatan diri anda sendiri.
    
Apa yang penting, anda mesti mengakui bahawa kehidupan anda hari ini bukanlah kehidupan yang telah berlalu. Sekiranya anda masih percaya pada keadaan masa lalu, bererti itulah pembentukan keadaan anda pada hari ini. Akan terpahat di pemikiran anda bahawa esok anda akan tetap menjadi seorang manusia yang serupa.
    
Pemikiran seperti ini akan merugikan diri anda sendiri. Anda harus faham bahawa kehidupan anda tidak perlu bersifat statik. Sekadar berputar di atas paksi yang sama, lantas menghasilkan sesuatu yang serupa. Anda perlu ingat kembali, bahawa anda yang bertanggungjawab untuk menyusun halatuju hidup anda dan bukannya orang lain.
    
Yang lepas jadikan sempadan agar segala kelemahan akan dapat anda perbaiki pada hari ini untuk membolehkan anda mewujudkan sesuatu yang lebih luar biasa pada hari esoknya. Anda juga haruslah berpegang kepada prinsip, “…hari ini pasti akan menjadi lebih baik daripada semalam”.
    
Anda harus cari segala kelemahan yang telah membawa kegagalan kepada anda. Anda haruslah mengambil iktibar daripada kesalahan yang telah anda lakukan dan dalam masa yang sama mencontohi mereka yang telah memperolehi kejayaan.
    
Kalau dahulu anda seorang yang boros, suka berbelanja tanpa sebarang perhitungan, tidak pernah menabung dan banyak berhutang-kredit sana dan kredit-sini hari ini anda ubah sifat yang merugikan ini. Dari kelemahan ini, anda harus bina sesuatu yang baru seperti berbelanja kurang daripada pendapatan.
    
Tanamkan sifat suka menabung, walaupun sikit. Jangan ikut nafsu berbelanja tanpa tujuan. Sudah pastinya, anda akan menjadi seorang yang luar biasa pada hari esok. Anda jangan lupa…sikit-sikit lama –lama jadi bukit. Pepatah ini masih lagi unggul.
    
Tukar kepercayaan yang ada pada diri anda. Keadaan masa lalu telahpun berlalu, dan yang pasti apa yang ada di tangan anda sekarang ialah waktu ini yang tidak perlu sama sekali anda kaitkan dengan masa silam.
    
Pisang tidak akan berbuah dua kali. Kikis kepercayaan yang boleh akan membataskan kekuatan diri anda untuk mencapai kejayaan pada hari ini.
    
Setiap manusia pernah menerima atau melalui kegagalan dan kejatuhan, bukan hanya anda seorang. Jangan tumpukan kepada berapa kalikah anda telah jatuh atau gagal.
    
Tumpukan kepada berapa kali pula anda boleh terus bangun dan menebus segala kejatuhan dan kegagalan yang telah berlaku. Tidak ada faedahnya anda menghitung kegagalan kerana bukan itu yang anda kehendaki.
    
Apa yang baik anda jadikan tauladan dan yang buruk itu pula boleh anda jadikan sempadan. Anda harus ingat bahawa setiap kejatuhan dan kegagalan itu akan memberikan kekuatan kepada anda untuk terus melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada terus melakukan kesalahan.
    
Jangan sekali-kali anda kemukakan alasan-alasan untuk menyokong kegagalan yang telah berlaku di dalam hidup anda. “…mungkinkah aku akan menjadi seorang jutawan seperti yang aku cita-citakan? Yang itu aku dah cuba-gagal, yang ini juga aku dah cuba-tapi masih gagal.”
    
Hati anda akan terus berkata lagi, “…aku rasa, kalau aku dapat menjadi. Biarlah orang lain sahaja yang menjadi jutawan. Mungkin aku bukan daripada jenis manusia yang boleh menjadi jutawan.”
    
Berhenti segera, jangan berdolak-dalih. Jangan hargai kegagalan dengan memberi pilihan matlamat yang lebih kecil kepada diri anda. Anda bukan barang buangan yang mesti diberi diskaun. Hadapi kenyataan bahawa anda adalah manusia bagus dan berkemampuan. Hanya anda masih belum menggunakan bakat sepenuhnya.
    
Alasan-alasan remeh yang anda berikan telah menjadi penyebab kenapa anda akan terus menjadi seorang manusia yang gagal-semalam, hari ini dan esok…apa yang memburukkan lagi, alasan yang serupa akan menjadi penyebab kegagalan generasi anda yang akan datang.

Anggapan Awal Mencorakkan Diri Anda
“Susahlah…” demikian kata mereka yang suka membuat anggapan awal. Apa yang pelik, kata-kata itu diucapkan sebelum sesuatu kerja itu dilakukan. Bagaimana mereka tahu susah atau senangnya melakukan sesuatu pekerjaan itu tanpa dilakukan dahulu.
    
Anggapan awal yang bersifat negatif sebegini kerap menyebabkan banyak perkara yang baik tidak anda laksanakan. Anda hanya memikirkan yang susahnya dahulu sebelum sebarang usaha dapat anda lakukan.
    
Bagaimana hendak anda lakukan sesuatu usaha itu sedangkan telah terlebih awal lagi anda mengatakan ‘susah’, ‘tak boleh’, ‘leceh’ dan pelbagai tanggapan negatif lagi.
    
Saya masih teringat lagi satu cerita yang pernah saya baca dan ingin saya kongsikan bersama anda. Pada suatu hari, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mempunyai masalah pendengaran balik ke rumah lalu memberikan sekeping nota yang telah ditulis oleh guru kanak-kanak itu kepada ibunya.
    
Surat itu berbunyi “Anak awak Tommy adalah seorang yang bodoh, jangan hantar dia ke sekolah lagi”. Lalu emaknya berkata kepada anaknya, “anak saya Tommy tidak bodoh, saya akan mengajar anak saya sendiri.”
    
Lalu ibu Tommy telah mendidik sendiri anaknya. Dia yakin, bahawa anaknya tidak sebodoh seperti yang dinyatakan oleh guru sekolah anaknya itu. Setelah masa berlalu,. Tommy pun meningkat dewasa dan akhirnya beliaulah tokoh yang kita kenali sebagai Thomas Edison.
    
Jangan terlalu cepat berputus asa atau cepat mempunyai tanggapan negatif yang boleh merugikan diri anda. Jika mulut dan hati cepat mengatakan begitu, fikiran anda pula mengakuinya maka fizikal anda sudah pasti tidak mahu memulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya. Akhirnya kehidupan anda dicorakkan dengan segala bentuk.
    
Ada kalanya pula, anda berhenti melakukan sesuatu yang sedang anda usahakan ketika anda berada di pertengahan jalan atau setelah hampir ke penghujung jalan. Segala kesanggupan dan keyakinan yang telah anda bina pada peringkat awal lagi, telah terhapus. Ini adalah satu tindakan yang sangat merugikan.
    
Manusia yang suka membuat tanggapan awal adalah manusia-manusia lembik, layu, yang suka membuang masa, beranggapan bahawa kejayaan itu mudah dan bukannya sesuatu yang sukar dan perlu ketekunan.
    
Akhirnya anda akan melihat seseorang yang pernah berusaha keras untuk mencapai kejayaan akan tetapi berakhir dengan menghabiskan masa tanpa memperolehi sesuatu yang bermakna dalam kehidupannya.
    
Dalam keadaan apa sekalipun, anda haruslah mencuba dahulu sebelum menyatakan bahawa “..ia sukar untuk dilakukan”. Tidak ada sebarang cara untuk memperolehi sesuatu itu melainkan dengan mencuba..mencuba dan terus mencubanya terlebih dahulu.
    
Ingatkan semula kisah yang berlaku di dalam kehidupan Thomas Edison. Beliau telah gagal hampir 10,000 kali sebelum beliau mencipta pelbagai kejayaan semasa hidupnya.
    
Ingat, anda yang menguasai diri anda sendiri, bukannya orang lain. Jangan sesekali anda salah-gunakan kuasa yang ada di tangan anda untuk menjuruskan anda ke arah kegagalan. Dan jangan sekali-kali anda membuat tanggapan awal.
    
Jangan timbulkan sebarang keraguan terhadap sesuatu yang anda rasakan boleh mendatangkan kebaikan kepada diri anda. Ramai yang tahu apa yang baik untuk diri mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu melakukannya hanya semata-mata mereka telah dapat membayangkan segala kesusahan dan usaha yang perlu mereka lakukan untuk memperolehi kejayaan.

Pepatah Inggeris pernah mengingatkan manusia: “everyone knows about success, BUT they do not want to talk about success, because beneath success comes a lot of hard work.”
    
Anda tahu apa yang akan anda lakukan boleh memberikan kebaikan kepada diri anda. Akan tetapi, apabila anda merasakan bahawa ia memerlukan komitmen dan kesanggupan, anda akan terus meninggalkannya kerana tidak mempunyai kesanggupan dan tidak mahu untuk berusaha ke arah mencapai kebaikan tersebut.
    
Jangan ragu-ragu untuk bertindak jika anda tahu ia akan mendatangkan kebaikan untuk diri anda. Anda harus bertindak segera kerana hanya dengan cara ini sahaja ia akan dapat menghapuskan segala tanggapan awal yang tersemat di dalam pemikiran anda.

Bertangguh Akan Membunuh
Mereka yang tidak mempunyai kesanggupan akan sentiasa memberikan alasan untuk bertangguh dalam sebarang usaha. Sebab yang paling utama anda bertangguh ialah kerana sifat TAKUT. Sifat yang sepatutnya digunakan untuk menghindarkan diri manusia daripada kehancuran, bukannya menghadkan kebolehan manusia untuk mewujudkan kejayaan. Sifat takut akan hanya ke tepi sekiranya anda mempunyai sifat sanggup.
      
Dalam masa yang sama, sifat tidak mempercayai diri sendiri juga mungkin menjadi penyebab kenapa anda suka bertangguh. Anda sendiri akan mendengar satu bisikan di dalam diri anda, “…apakah aku boleh melakukannya?”
      
Alasan-alasan seperti “…aku tidak sepandai orang lain”,  “…aku tidak secekap orang lain”,  “…aku tidak setangkas orang lain”, akan sentiasa bermain-main di dalam pemikiran anda.
      
Dalam apa keadaan sekalipun, anda harus sering bertanyakan kepada diri anda, sekiranya anda tidak mempercayai diri anda sendiri untuk melakukan kejayaan, siapa lagi yang boleh mempercayai kemampuan anda untuk melakukan perubahan di dalam kehidupan diri anda sendiri?
      
Anda mahu cepat kaya, cepat berjaya, cepat itu dan cepat ini. Akan tetapi, yang cepat tidak akan menjadi cepat jika anda gagal untuk cepat melakukan tindakan yang kelak akan mewujudkan kejayaan itu.
      
Lagi lama anda bertangguh maka lagi lambat pula kejayaan akan datang menghampiri anda.  Jika anda meneliti dengan sedalam-dalamnya, sudah berapa banyak peluang yang telah anda terlepas kerana adanya “tembok penghalang” yang menyebabkan anda bertangguh untuk melakukan kerja anda.
      
Tembok penghalang itu selalunya datang daripada dalam diri anda sendiri. Tangan anda sendiri yang mengatur batu bata yang membentuk tembok di hadapan diri anda.
      
Sekali bertangguh akan menyebabkan anda akan terus memiliki sifat bertangguh dan ia adalah satu sifat yang sangat menyeronokkan. Hari ini…esok….lusa…tulat dan seterusnya sehinggalah sampai pada ketikanya anda akan merasakan diri anda berada di dalam kerugian. Akan tetapi, pada ketika itu segalanya mungkin sudah terlambat.
      
Walaupun pepatah Inggeris ada mengatakan, “Better Late Than Never..”, bermaksud sekurang-kurangnya lakukan atau berusaha untuk melakukan sesuatu daripada tidak melakukannya atau mencubanya langsung.
      
Ini bukan bermakna anda mesti mengekalkan sifat suka bertangguh anda itu. Sifat ini langsung tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kecuali kerugian untuk diri anda sendiri. Kerugian yang telah anda buktikan berkali-kali sebelum ini.
      
Jangan sekali-kali anda mengalah sebelum anda mencuba. Anda perlu sematkan di fikiran anda bahawa anda tidak menjadi semakin muda. Apabila setiap hari berlalu, bermakna hidup anda menjangkau ke usia tua dan semakin singkat pula masa yang ada pada anda untuk melakukan sesuatu.
      
Jika anda terus menyimpan sifat suka bertangguh, sudah pasti anda sendiri akan dapat meneka apa yang akan terjadi pada penghujung kehidupan diri anda. Jika anda terus bertangguh anda akan hilang ditelan zaman. Mungkin kelak ada seseorang menulis pada batu nisan anda yang berbunyi
      
“Di sinilah terkuburnya seorang manusia yang tidak sempat melakukan apa-apa”
      
Masa tidak akan merasa belas kasihan langsung terhadap anda yang mempunyai sikap suka bertangguh. Masa juga tidak akan memberikan sedikitpun kemaafan kepada diri anda yang sudah bertangguh untuk melaksanakan sesuatu kejayaan. Semalam tetap telah pergi, besok masih di tangan Tuhan. Tiada sesuatu yang boleh dilakukan kecuali pada hari ini. Bertindaklah sekarang!
      
Sifat Malas Membawa Kegagalan
Dalam dunia yang serba maju ini, masih ramai lagi yang berundur ke belakang. Sentiasa ketinggalan tanpa meraih kejayaan. Mereka yang seperti ini adalah orang-orang yang malas. Orang yang maju setapak tetapi akan mundur pun untuk beberapa tapak.
    
Orang ini malas berfikir, malas bertindak, malas melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan malas untuk mencapai kejayaan. Malas adalah salah satu daripada faktor yang menjadi penghapus segala kejayaan yang sepatutnya dicapai. Orang itu mungkin anda.
    
Dengan hanya merasa malas di hati, fizikal anda akan turut menjadi malas dan sudah pasti fikiran anda akan turut juga menjadi malas. Dengan sifat malas itu, segala apa yang anda impikan akan terus menjadi impian. Sebaliknya, jika anda tukar sikap anda daripada malas menjadi rajin, segala apa yang anda impikan itu akan menjadi kenyataan.
    
Semua orang termasuk diri anda berhak untuk berjaya dan mencipta kejayaan, tetapi hak itu selalu anda sia-siakan dengan sifat malas yang ada di dalam diri anda. Dengan malas, anda akan hanya mencapai kegagalan demi kegagalan. Orang yang malas adalah orang yang sengaja mencari kegagalan.
    
Jangan sekali-kali anda melayan rasa malas. Malas yang kecil akan menjadi besar jika ia dibelai dan dilayan. Ini adalah kerana, malas adalah sejenis penyakit yang berkuasa untuk menghapuskan segala impian yang telah dirancang untuk diri dan keluarga anda.
    
Hapuskan sifat malas dan tanamkan sikap untuk terus bekerja dan berusaha sehingga tercapai segala impian yang telah anda rancang untuk diri dan keluarga anda. Jangan sekali-kali terjerumus ke lurah malas yang akan mengecewakan kehidupan anda seterusnya.
    
Menjadi seorang ‘gagal sejati’ akan hanya berlaku kepada orang yang malas kerana sifat malas ini akan sentiasa mengheret anda ke arah kegagalan.
    
Sifat malas juga akan mengikat anda untuk memiliki pemikiran yang menjurus kepada kegagalan walaupun anda mempunyai segala potensi untuk berjaya.
    
Jangan dilayan perasaan malas yang sudah mungkin terbit di dalam hati dan jiwa anda. Tanamkan suatu kekuatan yang maksima di dalam diri anda dan bebaskan diri anda daripada cengkaman sifat malas yang ada.
    
Isikan hati dan jiwa anda dengan keazaman yang kuat dan kesanggupan yang jitu untuk memastikan bahawa setiap kejayaan itu akan memihak kepada anda.

Hindari Suasana Kecewa
Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika anda berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ini anda juga akan menjadi salah seorang daripada orang yang kecewa.
    
Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Tiada rangsangan di dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. “Kejayaan adalah cerita dongeng yan membahayakan. Sedap untuk didengar tetapi tak mungkin boleh diharapkan,” kata mereka.
    
Anda sudah pasti pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu lebih-lebih lagi kecewa.
    
Ramai yang sudah meraih kejayaan pernah berkali-kali menghadapi kegagalan sebelum meletakkan kejayaan itu di dalam genggaman mereka. Jangan jadikan kegagalan itu untuk anda terus merasa kecewa dan tidak mahu lagi berusaha untuk mencapai apa yang anda impikan. Pepatah ada mengatakan, “…sekali gagal bukan bermakna jalan sudah runtuh”.
    
Anda perlu menanamkan sifat sabar dan terus mencari jalan dan berusaha untuk menebus segala kegagalan yang telah anda lalui. Anda harus jadikan setiap kegagalan itu sebagai cabaran yang harus anda rempuh sehingga anda berjaya.
    
Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Menceritakan kegagalan mereka daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.
    
Oleh itu, anda harus mengasingkan diri anda daripada suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tidak mahu melihat kejayaan dan tidak percaya kejayaan itu boleh dikecapi. Anda bukan orang kecewa, anda mahu berjaya. “Anda yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali.”
    
Anda hendaklah membuka luas daya pemikiran anda. Sentiasa mencari jalan dan usaha yang terbaik agar anda mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.
    
Jika anda mempunyai fikiran yang terbuka, sudut pemikiran anda akan menjadi luas, prinsip diri anda, hokum-hukum penting untuk mencipta kejayaan, kepercayaan akan terjadi dan bergerak dengan harmoni untuk mencipta kejayaan dengan mudah sekali.
    
Fikiran yang terbuka luas adalah umpama jendela yan terbuka luas, yang membenarkan udara segar masuk dengan bebas dan memberikan anda peluang hebat untuk menjadi seorang yang berjaya.
    
Di dalam buku Think and Grow Rich, tulisan Napoleon Hill, ada menggariskan beberapa sebab lain yang turut menjadi punca kegagalan yang berlaku pada diri anda:

* Latar belakang keturunan yang kurang menguntungkan.
* Tidak mempunyai tujuan hidup yang jelas.
* Tidak memiliki cita-cita untuk meningkatkan taraf hidup sendiri daripada 
   ukuran taraf hidup yang sederhana. Sekadar cukup makan.
* Kurangnya disiplin terhadap diri sendiri.
* Pengaruh persekitaran hidup yang kurang serasi sewaktu masa kanak-
   kanak.
* Bertangguh dengan alasan menanti saat yang baik.
* Kurang memiliki daya ketahanan dan ketabahan.
* Keperibadian yang negatif.
* Hasrat untuk memiliki kekayaan dengan jalan yang mudah.
* Tidak tegas dalam membuat keputusan.
* Mempunyai rasa takut yang mencengkam diri.
* Terlalu bersikap berhati-hati.
* Memilih rakan yang salah dalam usaha berniaga atau unsur kerjasama.
* Berkepercayaan tahyul dan was-was.
* Lebih suka meneka daripada berfikir.
* Kesilapan memilih jawatan atau kekosongan kerja.
* Kurangnya pemusatan fikiran terhadap sesuatu usaha.
* Kebiasaan mengeluarkan wang untuk keperluan dengan sewenang-
   wenangnya.
* Tidak memiliki semangat juang.
* Memiliki sifat yang tidak mahu bertoleransi.
* Tidak sanggup menjalin kerjasama yang baik dengan manusia lain.
* Memiliki kekuasaan tanpa melalui usaha sendiri.
* Memiliki sikap tidak jujur sama ada disengaja atau tidak disengajakan.

Khamis, 17 Mac 2011

Takut Gagal,Anda Akan Gagal...

Sedikit motivasi untuk kita hayati bersama pada hari ini.
Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai bebas kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.
Ya betul…semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.
Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang

Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.
Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.
Saya busy lah…
Saya tak ada masa lah…
Saya takde kemahiran lah…
Saya takde duit lah…
dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, “Orang buat duit, kita buat alasan…” setiap alasan logik2 belaka..yer lah, nama pun alasan…
Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun…Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer…Tak hiraukan apa-apa.  Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.
Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, “sediakan payung sebelum hujan”.
Sedarilah…memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.
Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! mampukah anda?
Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?

Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA !
Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati ,
” Alahh..tak perlu lah buat betul-betul…kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat”
Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.
Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL…
Mungkin pernah gagal dalam perniagaan…
Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang…
Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama !
Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan. Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi… demi matlamat yang harus di capai.

Khamis, 10 Mac 2011

Apa khabar subuh anda hari ini????

Asalamualaikum...
Salam penuh kebahagiaan dan ketenangan yang dipayungi oleh keimanan dan keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Salam ceria penuh himmah buat semua.- Semoga kita semua, terus menerus berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Alhamdulillah, saya kini berada dalam mood yang sangat ceria, bersemangat dan penuh bertenaga. Hari ini nak KUALA LUMPUR atas urusan kerja , menempuh perjalanan yang sudah tentu akan meletihkan dan sebagainya. Pagi ini saya bangkit dengan penuh rasa perhambaan, kesyukuran dan dipenuhi ruh himmah yang membara.

Tidak tahu mengapa, setelah diselubungi kepenatan, keletihan dan kelesuan untuk beberapa hari kera lewat tidur melayan dan membantu rakan kongsi baru dalam perniagaan. Rupa-rupaya, Allah SWT mengantikannya dengan suatu perasaan yang luar biasa kepada saya saat ini.

Ya, L U A R B I A S A!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Jom terus bersemangat, aktif, dinamik, dan teruskan kerja-kerja kita. Gerakan segala kudrat dan tenaga. Kita jadi mukmin yang sentiasa tersenyum, mengerakan segala fikiran dan fokus kita kepada suatu yang tinggi dan mulia iaitu : Hasrat yang tinggi untuk menjadi Hamba Rabbani!.
Senyumlah dengan penuh kesyukuran atas nikmat darinya di pagi yg mulia ini.

Apa yg aku temui hari ini...

asalamualaikum...
hermmmm,banyak ragam banyak songeh huhuhuhu...
ni kes masa aku drive tadi dalam pejalanan nk ke bagan ajam. ini la manusia bila dikatakan dirinya hebat,kesalahan yg dia buat pon dh x nampak pastu berusaha salahkan org lain. ada satu minah tu dengan hebatnya drive toyota wish dengan selambernya memotong aku dilaluan kiri,dah la jalan stu line ja. pastu bila x lepas x henti2 bg hon kat aku,hangin ja aku satu badan.
untuk pedoman kalau nk cepat pon hang nk potong ikut mana pon tu hang punya suka laaaa,dah salah tu buat la cara salah. ini hang siap jegil mata lg kat aku pasai apa,hang tu dh la perempuan dan pakai tudung lak tu. aku pon kadang2 buat gak kesalahan jalan raya mcm tu,tapi aku sedar kalau aku buat salah n x salahkan org lain.
bila aku pikirkan kadang2 lucu gak perangan sesetengah manusia ni,salah tu xpe la pasal sape yg x buat salah kan,tapi dah la salah pastu nk salahkan org lain lak.. lu pikiaq la sendiri huhuhuhu...

Ahad, 6 Mac 2011

Bagaimana saya nak positifkan diri saya?

Bagaimana saya nak positifkan diri dalam semua perkara?

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.
Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.

 












Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi.


Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Fushilat; 23
Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bag mendapat keredhaan Allah

Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung.
Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Fuqaan : 70
Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkan lah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.”

Membuka Kunci Yang Pertama

Usai menelaah buku, aku terfikir akan beberapa perkara. Kehidupan manusia dan alam ini cukup misteri. Sungguh banyak benda yang tidak kita ketahui. Cuma hairan juga bila melihat ramai manusia yang menyombongkan diri.
Teringat akan kupasan menarik dari buku Mukmin Profesional. Al-Quran itu kitab suci, tapi mengapa ada cerita manusia yang paling keji?
Dalamnya ada kisah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dalamnya ada kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan homoseksual. Dalamnya ada kisah kaum Nabi Nuh yang menyembah berhala.
Harta Qarun
Jawapannya? Cari sendiri =)
Kali ini aku ingin berkongsi akan satu rahsia yang baru kufahami seketika tadi. Sudah lama kita tuturkan perkataannya namun baru sekarang aku mengerti maksudnya.
Kata Mr.X:
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
Tiga kali diulang. Perkataan MENGAWAL ditekankan.
"Ingat KAWAL, bukannya menukar atau mengubah diri...tapi MENGAWAL diri"
Keupayaan seseorang untuk mengawal diri merupakan satu kunci yang cukup penting untuk menguasai diri. Orang yang tidak mampu mengawal diri akan jatuh ke dua hujung yang melampau.
Tambah Mr.X,
"Self-control is the key to self-mastery"
Dua komponen perlu diaktifkan untuk mengawal diri:
1. Pemikiran
2. Perbuatan
Pemikiran di sini merujuk kepada suara dari dalam diri kita. Suara hati dengan kata lain. Suara hati yang TEKAD ingin belajar bersungguh-sungguh perlu digabungkan dengan USAHA yakni perbuatan belajar bersungguh.
Sekiranya kita dapat mendisiplinkan diri untuk konsisten mengawal pemikiran dan perbuatan kita, maka kita akan dapat mengawal diri kita.
Bila kita dapat mengawal diri kita, maka kita sudah mula membuka kunci yang pertama!
- Artikel iluvislam.com

Amalkan Sikap Jangan Putus Asa – Sifat Mulia

Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.
Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”
Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini.
“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.
Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:
” Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa.
Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan:
“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.
Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesutu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?:
• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan:
“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.
• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.
• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.

Sabtu, 5 Mac 2011

Jangan Mudah Putus Asa

Kali ini saya nak bercerita mengenai kisah Nabi kita Muhammad S.A.W. Baginda adalah seorang yang tabah dalam mengharungi liku kehidupan sebagai Rasul Allah. Pelbagai dugaan dan cacian diterimanya, namun beliau tetap dengan pendiriannya. Baginda tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangannya. Beliau juga seorang yang tabah dan tidak kenal erti putus asa.
Sikap inilah yang ingin saya tekankan pada anda dan diri saya juga. Dalam mengejar cita-cita dan impian, kita harus tabah dan berusaha dan terus berusaha sehingga tercapai apa yang kita inginkan. Kita tak perlu lagi menoleh kebelakang. Apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha dan carilah ilmu yang berkaitan dengan apa yang kita inginkan. Kemudian kita ambil tindakkan. Jangan pula ada ilmu tapi simpan saja tanpa diamalkan. Ini adalah amalan yang sia-sia.
Jika kita gagal dalam mengejar impian kita, janganlah kita berputus asa dan bersedih. Sebaliknya kita harus bangkit dan cari dimana silapnya yang membuatkan kita gagal. Sebenarnya kita bukan dilahirkan untuk gagal, tapi kita gagal untuk merancang. Kita harus jadikan kegagalan kita itu sebagai pengalaman untuk kita teruskan perjuangan atau usaha kita. Sekurang-kurangnya kalau kita gagal pun, kita dah ada ilmu iaitu pengalaman. Ilmulah yang penting dalam mencapai kejayaan yang kita impikan.
Kita harus tanam dalam diri kita yang kita bukannya seorang yang gagal walaupun kita gagal. Kita kena percaya setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Jadi berusahalah tanpa mengenal putus asa walaupun kita gagal. Kejayaan pasti ada kalau kita tabah menghadapi kegagalan. InsyaAllah.

Kelemahan Kita..Renung-Renungkan..

Malangnya, ada beberapa perkara atau sikap orang kta sendiri yang membuatkan saya lemah untuk berkongsi ilmu. Ini saya nampak sebagai perbezaan besar antara orang kita dengan mat-mat saleh yang menjadi halangan untuk orang kita untuk berjaya.
Saya rasa terpanggil untuk senaraikan disini memandangkan saya ‘sayangkan’ orang kitadan ingin melihat orang Malaysia lebih berjaya di dunia. Kalau ada yang terkceil hati, maaf saya ucapkan.

1) Kita Terlalu MANJA..
Ya, sebenarnya kita terlalu manja.  Bila kita beli ebook, beli sesuatu course, kita mengharapkan bantuan
sehingga makan pun disuapkan, baju pun dipakaikan.
Sepanjang saya membina nama dalam perniagaan ini, saya belum pernah lagi lihat orang-orang
yang berjaya ini manja. Maksudnya, tak ada orang manja pun berjaya. Jangan sebab kita terlalu malas dan manja, ia menjadikan kita gagal selamanya.
2) Kita TAKUT Nak Berubah
Ini satu lagi trend membezakan antara yang Gagal dan juga yang berjaya. Saya sendiri, dari seorang remaja yang degil dan nakal (kaki enjoy) sanggup berubah untuk berjaya.
Kalau dulu pergi kelas dari 8am-5pm, lepas tu malam lepak bilik member dan main game, tengok movie sampai pukul 12am, lepas tu main futsal sampai 3am, tapi kini tidak lagi.
Lepas habis kerja saya tumpukan perniagaan saya, dan bahagikan masa buat jadual untuk siapkan assignment saya dan kerja perniagaan saya.
Bayangkan, berapa banyak benda yang saya korbankan..?
Ramai kawan2 saya cakap tak cukup masa nak buat bisnes online tapi hakikatnya, masa sentiasa cukup cuma kita yang lebih mementingkan perkara lain seperti tengok TV, lepak kedai mamak, borak-borak  kosong dan sebagainya.
Dengan attitude seperti ini, anda tidak akan berjaya buat bisnes online. Trust me..
3) Mindset Nak Cepat Kaya, Tapi Malas Usaha
Bila ada mindset seperti inilah yang membuatkan orang-orang lain ambil kesempatan terhadap kita dengan anjurkan skim cepat kaya dan sebagainya.
Lihat saja program Monsunbis (bukan nama sebenar) memperdaya kita dengan meminta yuran mahal dan akhirnya, kita juga yang susah.
Dalam perniagaan internet, tak ada konsep sebegini. Konsep sebenar perniagaan internet dan konsep yang saya sentiasa gunakan adalah:
Beli ebook > Tindakan > Kajian sikit > Buat Duit.
Ini konsep yang saya amalkan. Hampir 98% orang yang tak berjaya, sangkut dibahagian tindakan.
Malah, saya agak pelik bila lihat kebanyakan orang yang beli produk saya bertanyakan soalan yang jawapannya ada dalam ebook yang mereka beli.

Rebutlah peluang di depan mata...

  1. Fenomena ini membuatkan saya teringat dengan firman ALLAH Azza Wajalla dalam surah al-Baqarah ayat 148  yang bermaksud “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam perkara-perkara kebaikan”.Maka,amat sesuai sekali jika kita katakan begitu banyak peluang kebaikan di Mesir yang dapat kita ambil dan rebuti.
  2. Apabila telah wujud semangat untuk berlumba-lumba memperoleh kebaikan,maka amat mudah untuk sesama kita mengajak dan melaksanakan serta mengikuti sebarang aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat dan kebaikan.Cumanya semangat sebegitulah yang sukar untuk ditanam dalam jantung-jantung hati manusia.
  3. Apabila kita semua telah mula sedar dan ingin merebut segala peluang dan kebaikan yang ada di sekeliling kita,maka apa yang paling penting ialah kita perlu sematkan IKHLAS dan ISTIQAMAH dalam diri.Tanpa dua aspek ini,kita akan mudah kecundang dalam perlumbaan merebut kebaikan ini.
  4. Ikhlaskan niat hanya kerana ALLAH dalam kita berlumba-lumba merebut kebaikan kerana syaitan pasti akan meracuni kita semua dengan sifat-sifat mazmumah seperti riak,takabur,sum’ah(rasa bangga diri) dan memandang rendah orang lain.
  5. Tanamkan sifat istiqamah dalam diri agar segala kebaikan yang dilakukan dapat berterusan dan berkekalan walaupun dengan kuantiti yang sedikit.Ingat!Kualiti lebih utama daripada kuantiti.
  6. Ingatlah peluang yang ada di depan mata kita pada hari ini belum pasti kekal sehingga ke hari esok.Ramai daripada kita akan rasa menyesal hanya apabila peluang yang ada itu telah tiada dan terlepas dari genggamannya.Rebutlah peluang selagi mana ada ruang!

Khamis, 3 Mac 2011

Gementar Hati Di Pagi Jumaat Ini..

Jumaat,penghulu segala hari datang lagi. Masa dirasakan begitu pantas. Baru saja bertemu jumaat,kini sudah bertemu jumaat yang lain..

Hari jumaat,hari kita beribadah. Hari yang kita penuhkan dengan pelbagai amalan sunnah.
Namun,setiap kali jumaat datang,kita tidak pernah terasa apa2. Aduh,betapa lemahnya kita sebagai manusia. tahukah,ada sesuatu yang boleh menghentikan urat nadi kita pada hari jumaat? Tahukah kita yang bumi seisi alam ini akan digoncangkan Allah pada hari jumaat? Tahukah kita bahawa seluruh alam ini boleh musnah pada hari jumaat? Tahukah yang hari kiamat,hari yang dijanjikan itu akan belaku pada hari jumaat?

 Memang manusia dan jin akan leka dan lupa dengan pekara ini. Kita yang bertemu jumaat saban minggu tidak terlintas di fikiran tentang hari kiamat. Merasakan kiamat masih jauh dan lama lagi. Walaupun Allah dan Rasulnya mengatakan ia sudah terlalu hampir!!

Lebih menggugah hati kita lagi,apabila Nabi s.a.w memberi tahu bahawa setiap makhluk akan gementar dan takut apabila jumaat menjelang. Takut akan kiamat yang boleh berlaku dengan tiupan sangkakala yang mematikan semua makhluknya. Gunung takut,awan takut,hutan belantara yang seisinya cemas,haiwan-haiwan gelisah. Hari jumaat,hari Allah bertindak keatas semua mkhluknya. Semua makhluk merasakan ketakutan itu. Tetapi tidak pada diri kita,seorang manusia.

Daripada Abu hurairah bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
Maksudnya:Sebaik-baik harin yang terbit padanya matahari adalah hari jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan,dan pada hari itu baginda diturunkan kebumi,dan pada hari itu taubatnya diterima,dan pada hari itu baginda wafat. Dan pada hari itu pula terjadinya hari kiamat. Tiada satu pun haiwan melata kecuali menunggu hari kiamat pada setiap hari jumaat,semenjak pagi hingga terbenam mata hari,kerana takut pada hari kiamat,kecuali jin dan manusia.

Haiwan yang tidak diberi akal,tapi punyai rasa takut pada Allah. Takut hari kiamat yang akan mendatang. Manusia yang bijaksana seperti kita,tidak pula mempunyai rasa yang sama. Maka,siapakah yang lebih mulia?

Senja jumaat ini,apabila kiamat tidak berlaku,para haiwan itu akan lega seketika. Mereka kembali gelisah pada Jumaat hadapan. Kita bagai mana??

NEVER GIVE UP

saya ada impian,dan inilah impian saya yg membuatkan saya kuat untuk melanggar tembok2 giveup tu. kamu semua mcm mana???? mana impian kamu??? Untuk maklumat lanjut klik disini

Rabu, 2 Mac 2011

Sikap penentu segala

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.
Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

Jangan kita hanya melihat lambaian dari atas,cubalah terokai apa yg ada disana..

Bila kita susah selalu kita pikir "bila lah nak senang...?" Bila kita miskin selalu kita pikir " kalau lah aku boleh jadi KAYA.." Bila kita sedih...selalu kita pikir.." kenapa la nasib aku macam ni?" tapi...kita tak pernah ke terpikir??? nak tak kita ubah diri kita... nak tak kita jadi lebih baik dari ... semalam.... nak tak kita gunakan segala kelebihan yang dikurniakan.... jangan hanya memikirkan semalam yang tak kan berulang... Jangan hanya memikirkan masa depan yang belum tentu hala tujuan... tapi cuba kita fikirkan hari ini.... apa yang kita dah lakukan hari ini?